Friday, January 16, 2009

Japan SL Locomotive

Ini adalah model locomotive yang kecil sahaja dan merupakan SL Locomotive Jepun yang popular. Model kit ini dibeli di Jusco dengan harga RM9.90 sahaja pada tahun 2003. Model kit ini dekeluarkan bersama koleksi pengangkutan popular di Jepun yang lain seperti kapal terbang, kapal laut etc. Saya memilih SL Locomotive kerana model ini agak unik dan sukar didapati sert kelihatan antik.


Thomas

Thomas adalah watak utama dalam kartun Thomas and Friends. Ia merupakan sebuah keretapi yang bergerak di sebuah bandar bersama-sama rakan-rakannya yang lain yang juga keretapi, lori, bas dan pelbagai pengangkutan lain. Menurut www.thomasandfriends.com , Thomas dibina berdasarkan model keretapi London Brighton & South Coast Railway 0-6-0 E2. Model permainan ini dikeluarkan oleh Tomy dari Jepun merupakan koleksi yang comel bagi penggemar watak Thomas & Friends ini. Dengan harga RM19.90 dan diskaun sebanyak 20% di Sogo, harganya agak berpatutan.




dengan rel

Coke 16oz Flare Glass

Gelas ini juga merupakan salah satu 'free gift' dengan pembelian monitor LCD Samsung. Gelas ini dikeluarkan oleh Libbey, pembuat gelas terkenal di US. Mengikut kotak, harga gelas ini ialah RM39.90. Gelas ini amat tebal dan berat serta mempunyai tulisan timbul 'Coca Cola' di dua sisi.




Olympic Beijing 2008 Fridge Magnet


Fridge magnet ni agak unik dan special kerana memaparkan watak Huanhuan, salah satu maskot Olimpik Beijing 2008 yang membawa obor olimpik. Fridge magnet ni diberikan sempena Beijing 2008 Olympic Torch Relay pada 21 April 2008 di Kuala Lumpur.

Friendster Fridge Magnet


Friendster Fridge Magnet ni juga merupakan hadiah dari Friendster semasa mempromosikan fan profile di Youth '09 di PWTC.

Friendster pen

Pen ni merupakan hadiah dari Friendster semasa mempromosikan Friendster di Youth '09 di PWTC.

Shrek 2 character figure Puss in Boots

Patung watak Puss in Boots Shrek 2 ni merupakan free gift dengan pembelian mayonis Lady's Choice. Patungnya sangat kecil dengan saiz 45mm dan diletakkan dalam kapsul. Watak Puss in Boots merupakan watak yang comel dan amat setia terhadap Sir Shrek dan bersedia membantu Sir Shrek menghadapi masalah dengan apa cara pun.



Thursday, January 15, 2009

Ferrari F40

Ini merupakan model kereta Ferrari kesayangan kerana replika kereta ni sangat detail dan berbeza dari model kereta Ferrari yang dijual di Shell. Model ini diperolehi sebagai hadiah pembelian perfume Ferrari. Semua bahagian sangat detail dari exterior sehingga ke interior. Dari cermin depannya, boleh dilihat tempat duduk, gear dan steering yang begitu kemas. Malah melalui cermin belakang, enjinnya turut menyerlah. Sayangnya pintunya tidak boleh dibuka.






Tornado GR. Mk 1

Ini merupakan satu-satunya model kapal terbang yang dimiliki. Sebenarnya tak la minat sangat dengan combat aircraft. Tapi model ni murah sangat dijual sempena pengenalan majalah apa ntah pasal aircraft-aircraft ni iaitu RM9.90 siap ada majalah dan poster. Lepas tu majalah ni ada jual lagi dan turut memberi model aircraft lain tapi harganya dah naik lebih kurang RM15 lebih. So terus tak minat la. Model ni hanya sekadar model dan tak perlu dibuat apa-apa. Sayapnya pun hanya tertutup tak boleh dikembangkan sebagaimana model aircraft yang lebih mahal. Apapun, model ni nampak mahal kerana 'stand' disediakan.







Coke V44 Coin Banks

Tabung duit model V44 ni merupakan free gift dengan pembelian monitor LCD Samsung di Thunder Match. Tak tau la sama sama ada hadiah ni memang dari Samsung atau tak kerana penulis terima 11 hadiah termasuk pelbagai hadiah khas dari HP seperti jam meja, tuala, jam tangan, pelapik gelas, frame gambar etc. tak pasti la kalau HP dan Samsung ada pertalian persaudaraan. Apapun, antara hadiahnya ialah tabung duit Coke ini yang agak unik kerana ia adalah collectible item yang bukan mudah didapati di mana-mana. Tabung ini yang dibuat dari 'sturdy die-cast metal' menyerupai replika V44 Vending Machine yang sangat detail dan dikeluarkan oleh Penny Japan Company Ltd. Saiznya ialah 19cmx55cmx70cm dan beratnya 600g. Mengikut www.unicos.co.jp harga tabung duit Coca Cola ini ialah 3200 Yen (RM120). Memang sukar dipercayai.

dalam kotak




isi duit dari atas


pandangan sisi kotak


pandangan belakang kotak

Wednesday, January 14, 2009

Cawan Mini Doraemon

Ni penulis beli kat pottery shop kat Ayer Hitam, Johor. Cawan ni sangat comel kerana memaparkan karakter kartun yang paling penulis sangat suka, Doraemon. Cawan-cawan ni murah je. RM2.00 je. Tapi bukan kat kedai RM2 la... Cawan-cawan ni berdiameter lebih kurang 20mm.




Syiling Peringatan Pembukaan KOMTAR Johor Bahru tahun 1979

Syiling peringatan ini sangat bersejarah kerana dikeluarkan sebagai cenderamata dan tidak boleh didapati di mana-mana. Penulis sendiri tak jelas bagaimana syiling ni boleh ada di rumah penulis. Penulis simpan je la kerana tahu syiling ini penting untuk sejarah tempatan Johor Bahru. Muka depan syiling ini memaparkan muka Allahyarham Tun Abdul Razak yang mana nama beliau diabadikan sebagai nama kompleks membeli belah tersebut. Manakala muka belakang memaparkan bangunan KOMTAR Johor Bahru.



Tuesday, January 13, 2009

Iveco Ferrari Truck

This truck is from Iveco which is one of the best truck maker in the world. This Ferrari truck design is for year 2008 because later I found out that Ferrari Official Truck for F1 has been change to other design. This truck replica is made by Newray. I think Newray has done a good job by creating a nice truck replica which is so real. I love this truck very much.

Lori ni adalah model 1:64 lori Iveco yang membawa pasukan Scuderia Ferrari ke semua pertanding F1 di dunia. Penulis membeli model ni sempena F1 2008 di Toy's r Us Midvalley dengan harga RM19.90. Terdapat juga model lori ini yang lebih besar yang dikeluarkan oleh Hot Wheels tapi harganya mahal sangat. Lebih RM130. Tapi lagi special la sebab ada model orang dan siap ada model kereta F1 Ferrari lagi. Tapi yang ni pun ok la jugak. Ada la semangat Ferrari jugak.Ni pun unik sebab finishingnya agak detail dan tak nampak selekeh.







Volswagon Samba

This Volkswagon Samba also known as Combi in Malaysia is one of popular van during 80's. Samba has their own fans like Volkswagon Beetle. Most of government department using this van during 80's. May be van from Japan is not popular during that time and Samba or Combi is tougher than other vans.

Ni model van volkswagon Samba yang popular pada zaman hippies. Pernah digunakan dalam kartun Scooby-Doo. Design van ni lain sikit tapi tak tau la ada beza tak dengan model Samba yang sebenar. Model ni dibeli dengan murah je. RM7.90. Pas tu dapat diskaun 20% lagi kat Jusco. Rasanya model ni agak unik sebab ni antara van lama dan kukuh serta bukan senang didapati di mana-mana.





Friday, January 9, 2009

Hot Wheels Mechanix Hummer

Hot Wheels Mechanix is the first Hot Wheels collection for modification. It was in Malaysia. I'm not sure for another country like US. This collection provide mecahniz set which has bigfoot wheels, front grill and turbo engine and X-tools, a tool which has 4 types of screw driver.

Hot Wheels Mechanix Hummermerupakan antara koleksi Hot Wheels yang boleh dimodifikasi. Asalnya tayar asal adalah kecil tapi empat buah tayar besar ala2 bigfoot disediakan. Set mechanix yang lain turut mempunyai tayar bigfoot. Ferubahan yang boleh dilakukan ialah menambah grill depan, ekzos tepi dan enjin turbo yang besar (tiada dalam gambar kerana penulis lebih suka melihat bonet depan yang tertera perkataan HUMMER)