Friday, January 16, 2009

Japan SL Locomotive

Ini adalah model locomotive yang kecil sahaja dan merupakan SL Locomotive Jepun yang popular. Model kit ini dibeli di Jusco dengan harga RM9.90 sahaja pada tahun 2003. Model kit ini dekeluarkan bersama koleksi pengangkutan popular di Jepun yang lain seperti kapal terbang, kapal laut etc. Saya memilih SL Locomotive kerana model ini agak unik dan sukar didapati sert kelihatan antik.


Thomas

Thomas adalah watak utama dalam kartun Thomas and Friends. Ia merupakan sebuah keretapi yang bergerak di sebuah bandar bersama-sama rakan-rakannya yang lain yang juga keretapi, lori, bas dan pelbagai pengangkutan lain. Menurut www.thomasandfriends.com , Thomas dibina berdasarkan model keretapi London Brighton & South Coast Railway 0-6-0 E2. Model permainan ini dikeluarkan oleh Tomy dari Jepun merupakan koleksi yang comel bagi penggemar watak Thomas & Friends ini. Dengan harga RM19.90 dan diskaun sebanyak 20% di Sogo, harganya agak berpatutan.




dengan rel

Coke 16oz Flare Glass

Gelas ini juga merupakan salah satu 'free gift' dengan pembelian monitor LCD Samsung. Gelas ini dikeluarkan oleh Libbey, pembuat gelas terkenal di US. Mengikut kotak, harga gelas ini ialah RM39.90. Gelas ini amat tebal dan berat serta mempunyai tulisan timbul 'Coca Cola' di dua sisi.




Olympic Beijing 2008 Fridge Magnet


Fridge magnet ni agak unik dan special kerana memaparkan watak Huanhuan, salah satu maskot Olimpik Beijing 2008 yang membawa obor olimpik. Fridge magnet ni diberikan sempena Beijing 2008 Olympic Torch Relay pada 21 April 2008 di Kuala Lumpur.

Friendster Fridge Magnet


Friendster Fridge Magnet ni juga merupakan hadiah dari Friendster semasa mempromosikan fan profile di Youth '09 di PWTC.

Friendster pen

Pen ni merupakan hadiah dari Friendster semasa mempromosikan Friendster di Youth '09 di PWTC.

Shrek 2 character figure Puss in Boots

Patung watak Puss in Boots Shrek 2 ni merupakan free gift dengan pembelian mayonis Lady's Choice. Patungnya sangat kecil dengan saiz 45mm dan diletakkan dalam kapsul. Watak Puss in Boots merupakan watak yang comel dan amat setia terhadap Sir Shrek dan bersedia membantu Sir Shrek menghadapi masalah dengan apa cara pun.